Est. 1874

Memperkenalkan Deretan Akustik kami.

Bringing the Past to the Future ℠

Jenama

“Nampaknya kesempurnaan tidak dicapai apabila tidak ada lagi ketambahan, tetapi apabila tidak ada lagi dibuang.” - Antoine de Saint Exupéry

Apabila seseorang itu mengambil langkah pertama dalam perjalanan mereka bentuk sesuatu jenama, instrumen muzik, ataupun sejenis lagu, sebuah idea merupakan dorongan utama. Idea kami, dorongan kami untuk Gitar HOYER adalah untuk mereka instrumen untuk ahli muzik, untuk muzik.

Titik permulaan HOYER menjangkau sehingga 140 tahun yang lalu – kembali kepada hasil tangan Franz Hoyer di bengkelnya yang terletak di Bohemia. Ia merupakan cita – cita beliau untuk mereka instrumen yang dapat membantu ahli muzik, yang membenarkan ahli muzik tersebut untuk merangkul semangat muzik yang secara menyerlah.

Visi kami adalah berdasarkan beliau, Franz Hoyer – untuk mereka instrumen yang boleh menjadi peneman, menyediakan pemain amatur dan pemain pakar dengan peluang sama rata untuk menjelajah ruangan baru di dunia muzik.

Untuk mencapai visi kami ini, kami berjuang dan bersungguh dalam mengekal rekaan, hasil kerja, dan juga idea secara ringkas. Kami percaya instrumen ialah peneman, bukan untuk perhatian semata – mata. Keindahan dan keanggunan bergabung dengan kualiti dan kebolehan luar biasa Jerman dan kawalan kualiti British dijamin akan mencapai keinginan setiap ahli muzik.

Hasrat kami adalah untuk membawa tradisi HOYER ke abad 21 – membawa maksud kepada peminat tegar yang masih lagi berleluasa di seluruh dunia, mengambil kesempatan juga untuk meluaskan pandangan kepada orang yang belum mengenali kami sebagai suatu jenama.

Kami berazam untuk melihat keperluan setiap ahli muzik dalam motivasi mereka – supaya kami dapat masukkan keinginan mereka ke dalam rekaan kami, produksi kami, model dan juga ciri – ciri.

Semua ini menyediakan tujuan untuk pelancaran semula ini – sebagai medium yang dapat menyediakan akses kepada rekaan premium untuk meneman ahli muzik dalam perjalanan mereka ke dunia baru muzik.

Visi Kami

Percubaan pertama Martin Ritter dalam dunia muzik bermula apabila beliau mengikut datuknya, Wilhelm Herget. Datuknya juga adalah ahli muzik dan ahli pertukangan tersohor. Beliau handal bermain gitar, piano, ziter, harmonika, dan juga akordion – mencorak langkah dalam mendalami kedua – dua dunia muzik dan instrumen.

Ini telah mempengaruhi Martin Ritter untuk memulakan minat dalam muzik dan instrumen.

Semasa zaman bujangnya, beliau telah mendalami dunia muzik dari segi ahli muzik, pemain piano elektrik dan organ – bekerja dengan pembuat instrumen dan juga pembekal. Ini telah membekalkan beliau dengan kefahaman kukuh dalam memahami setiap inci industri.

The Vision

Kesemua pengalaman ini, bermula dari zaman kecilnya yang dipengaruhi banyak oleh datuknya, serta perjalanan beliau sendiri ke dalam dunia muzik dan industri telah menjaminkan pelancaran semula jenama dan rekaan Hoyer. Visi, rekaan, dan jenama berpunca dari hasil perjalanan beliau, dari zaman lalu sehingga hari ini.

Sejarah

Sebuah perjalanan sejarah berperistiwa

Hubungi Kami

HOYER USA INC.

228 Park Ave S #14030
New York
New York 10003-1502
USA

Phone: +1 347 404 5088
Fax: +1 347 710 8819

Pertanyaan Media

Jika anda wartawan atau ada kaitan dengan media, sila hubungi kami dibawah.

Peniaga dan Rakan Kongsi

Jika anda pembekal atau pengedar, sila hubungi kami dibawah.

Language